JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata siasatan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara dan sama ada, ada siasatan tambahan atau tidak, saya percaya itu dalam bidang kuasa pihak Peguam Negara.
"Tetapi saya yakin, penguat kuasa JAINJ dan PDRM telah laksana tugas, selebihnya kita serah budi bicara Peguam Negara untuk buat tindakan susulan, termasuk sekiranya perlu untuk mendakwa mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.
Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut keluaran Vern's yang dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 8 April lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilapor berkata pihaknya telah bertemu Pengasas dan Pengarah Urusan Vern's Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan serta langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata seramai 3,500 jemaah haji Johor bakal menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini dengan penerbangan paling awal dijadualkan pada 18 Mei melibatkan seramai 500 orang.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Mohd Fared bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Pusat Islam Iskandar hari ini. - Foto Bernama
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.